Kisah kami

Selamat datang ke portal Maya Naturale. Bermula dengan produk Granny Herbal Mask iaitu masker dan skrub muka alami yang tercetus hasil dari penggunaan arwah nenek semasa muda dahulu, kini Maya Naturale mula berminat untuk mengembangkan perniagaannya dengan melalui produk makanan seperti rempah, herba, beras, teh dan produk kecantikan berasaskan tumbuhan organik dan alami.

Rakyat Malaysia pada hari ini sudah ramai yang mempunyai kesedaran untuk meningkatkan kesihatan dan kecantikan dengan mendapatkan makanan yang sihat, alami, organik dan tanpa GMO. Di peringkat antarabangsa pula ramai pakar pemakanan sihat telah lama mempromosikan hidup sihat melalui amalan pemakanan yang sihat. Antara produk yang paling mendapat perhatian mereka adalah minyak kelapa dara, kunyit, gula kabung, kacang hijau, beras pulut hitam, beras bukit serta tanaman kopi.

Maya Naturale mengambil inisisatif untuk mempelbagaikan produk makanan sihat  di bawah jenama Maya Naturale. Syukur kepada Allah selepas Granny Herbal Mask produk seterusnya yang berjaya dikeluarkan dibawah jenama Maya Naturale ialah Chia Seed, Moringga dalam bentuk serbuk dan kapsul, minyak kelapa dara, garam pink Himalaya, gula tebu organik. Terdapat banyak lagi produk yang masih dalam perancangan untuk dikeluarkan termasuk produk herba, teh, rempah ratus dan beras yang berasaskan organik insha Allah akan dikeluarkan dibawah jenama Maya Naturale termasuk produk penjagaan kulit.

Produk Maya Naturale akan diedarkan oleh pengedar tunggal kami iatu Maya La Cottage dan ada dijual di Maya La Cottage Dungun Terengganu.

 

 

Advertisements